Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN-PALAPES
| 1 comments ]
Share

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) yang disertai pebagai kaum menjadi pendukung generasi baru yang lebih komited kepada pembangunan dan pertahanan negara, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
 
Baginda bertitah, mereka yang telah dipersiapkan minda dan fizikal bagi mendukung amanah menjaga keamanan negara adalah aset penting kepada pertahanan dan kedaulatan negara.

Bertitah pada majlis santapan regimental sempena pentauliahan pegawai Palapes Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Batu Ferringhi malam tadi, baginda bertitah, dengan gandingan ilmu pengetahuan ketenteraan di tahap pegawai dan akademik di peringkat menara gading, mereka dilihat sebagai modal insan istimewa.
Baginda yang juga Canselor UniMAP bertitah masa depan negara bergantung penuh kepada rakyatnya yang berakhlak mulia dan mahu berusaha menguasai ilmu pengetahuan secara berterusan tanpa mengenali adanya titik noktah mahupun persempadanan.
"Marilah kita sama-sama menjadi bangsa yang digeruni dari segi ketinggian ilmu dan kehalusan nilai keperibadian. Bangsa yang tunduk bila bersalah, merendah bukan menyembah, meninggi bukan melonjak, tunduk kepala bukan minta untuk dipijak” titah baginda. - Bernama

1 comments

Faizal Fredley said... @ January 9, 2011 at 4:21 PM

wah biar betol nih...adoiii..mana aci aku palapes unimap gak..yg pergi batu ferringhi tu geng aku..jeles tol..aku tgh praktikal kat cyberjaya..x leh join...bulan lepas x nak buat......

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics