Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » RANCANGAN TV RTM REALITI TIADA LAMA TIADA BARU
| 0 comments ]
Share

       


Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan rancangan realiti “Tiada Lama Tiada Baru” mulai 14 Jan ini untuk mencungkil bakat baru dalam bidang nyanyian dan mencari muka iras artis.
 
Program sejam itu yang akan disiarkan setiap hari Jumaat sehingga 15 April ini akan menyaksikan persaingan oleh 61 peserta iaitu 39 dalam bidang nyanyian manakala selebihnya dalam kategori iras muka artis.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya berkata, program itu akan melibatkan artis lama yang akan bertindak sebagai mentor kepada peserta.
"Jasa pejuang seni terdahulu perlu diberi pengiktirafan dengan memberi mereka peluang untuk terlibat sama dalam industri ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan rancangan berkenaan di sini semalam.
Seramai 11 artis ikon termasuk Datuk Jeffrydin, Mas Idayu, Noraniza Idris, Datuk David Arumugam, Datuk DJ Dave, Hail Amir dan Uji Rashid akan terlibat sebagai mentor dalam program berkenaan.-utusan

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics