Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » SEMAKAN KEPUTUSAN MUET-6 JANUARI 2011
| 2 comments ]
Share


Semakan keputusan muet boleh disemak mulai 6 januari 2011.Keputusan Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2010 akan dikeluarkan pada Khamis ini, kata Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Pegawai Perhubungan Awam MPM, Khawari Idris, berkata calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi pada hari berkenaan.
"Calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos, katanya dalam kenyataan akhbar di sini," hari ini.

Beliau berkata, calon juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET dan menghantarnya ke 15888 atau 36363, mulai 12.01 tengah malam Khamis.

Calon juga boleh menyemak keputusan melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web MPM di http://ww.mpm.edu.my mulai 9 pagi pada tarikh tersebut.

Seramai 94,117 orang calon telah menduduki ujian itu di 991 buah pusat ujian seluruh negara.

Calon yang ingin mengambil semula MUET bagi memperbaiki keputusan MUET Akhir Tahun 2010 boleh membuat pendaftaran untuk MUET Pertengahan Tahun 2011 secara dalam talian melalui www.mesp.gov.my/online mulai Isnin ini.
Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 27 Januari ini, katanya.-BERITA HARIAN

2 comments

caer sasuke said... @ January 4, 2011 at 11:23 PM

caer takot nk ambik muet..hehe

Anonymous said... @ January 19, 2011 at 2:33 PM

Pretty nice post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that I have really enjoyed browsing your blog posts. In any case I’ll be subscribing to your feed and I hope you write again soon!

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics