Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » SHUHAIMI MOHON KEAMPUNAN SULTAN SELANGOR
| 0 comments ]
Share

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei perlu segera memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ekoran tindakannya mempertikaikan pelantikan Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru.


Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, ini kerana kenyataan biadap Shuhaimi itu ternyata salah serta keterlaluan terhadap baginda.

Menurutnya, berdasarkan penjelasan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, jelas menunjukkan ADUN Seri Muda itu tidak faham atau sengaja tak mahu faham undang-undang.

Jelasnya, penjelasan Shuhaimi melalui blognya yang menyatakan pelantikan SUK tidak perlu mendapat perkenan Sultan Selangor sebagaimana terkandung dalam peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor adalah salah dan memalukan.
“Sebagai seorang wakil rakyat, Shuhaimi mesti ingat bahawa Sultan Selangor ialah pemerintah utama di negeri itu dan sebarang sindiran ke atas baginda adalah perbuatan derhaka yang serius.
“Shuhaimi dilihat seolah-olah tidak faham undang-undang atau sengaja tidak mahu faham dan kerana itu dia patut dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohamad Munir dalam kenyataannya itu menegaskan, kenyataan dan sindiran Shuhaimi itu amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat.
Katanya, kenyataan Shuhaimi juga boleh dianggap sebagai percubaan untuk memberi amaran kepada Sultan Selangor serta mempengaruhi rakyat supaya membenci baginda.
Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abd. Karim menegaskan, Shuhaimi perlu segera memohon menghadap Sultan Selangor bagi meminta ampun ekoran keterlanjuran dan kejahilannya mengenai Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor.
Katanya, permohonan ampun itu perlu dibuat segera demi mengekalkan hubungan baik di antara kerajaan negeri dengan pihak istana.
“Kenyataan Shuhaimi sebelum ini menunjukkan beliau merupakan seorang pemimpin yang naif serta tidak sensitif dan GPMS mengutuk kualiti wakil rakyat sebegini.
“Jika Shuhaimi gagal memohon ampun daripada Sultan dalam masa terdekat, GPMS akan membuat laporan polis terhadapnya berhubung isu ini,” tegasnya.
Pada 30 Disember lalu, Shuhaimi menerusi blognya di http://srimuda.blogspot.com/ antara lain menulis:
Setelah menyemak Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dapati pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagaimana yang diperuntukkan oleh Fasal 52 (1), hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan. Fasal tersebut tidak menyatakan perlunya untuk mendapat perkenan Sultan Selangor.”
“Rakyat akan menolak sebarang tindakan ‘beraja di mata, bersultan di hati’ oleh mana-mana pihak yang bertindak sewenang-wenangnya, tidak kira sama ada oleh raja yang berjiwa rakyat atau rakyat yang berjiwa raja.”-UTUSAN

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics