Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » TAIB MAHMUD MUNCUL BERSAMA ISTERI BARU
| 0 comments ]
Share

TAIB MAHMUD MUNCUL BERSAMA ISTERI BARU.Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud muncul kali pertama di khalayak umum bersama isteri barunya, Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi Taib di sebuah hotel di Subang Jaya malam ini.
 
Beliau yang segak memakai baju Melayu berwarna ungu tiba untuk menghadiri majlis perkahwinan di hotel tersebut kira-kira pukul 8.15 malam sambil ditemani isteri barunya yang berusia 28 tahun itu.

Mingguan Malaysia difahamkan, ini adalah kali pertama Abdul Taib membawa isterinya itu ke majlis umum selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 18 Disember lalu.

Abdul Taib menamatkan zaman dudanya selepas kematian isteri, Allahyarham Puan Sri Laila Taib akibat kanser pada April 2009.
Beliau yang berkahwin dengan Laila pada 1959 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Jamilah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah serta 15 cucu.

sila klik sini untuk tengok gambar perhawinan taib mahmud

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics