Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » VANIDAH DAN RASHIDI DI MAHKAMAH SYARIAH
| 0 comments ]
Share


Vanida Imran bersama suami di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, semalam.

Kelibat pasangan artis Vanidah Imran dan suaminya, Rashidi Ishak di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini mengundang teka-teki dan spekulasi pihak media.
 
Ia ekoran kedua-duanya dilihat di mahkamah tersebut pada pukul 12.45 tengah hari ini oleh sekumpulan wartawan yang kebetulan berada di premis berkenaan untuk membuat liputan satu kes lain.
Pengacara Nona musim baru itu dan suaminya dilihat berada di kaunter pendaftaran mahkamah yang kebiasaannya dikunjungi oleh orang awam untuk kes-kes berkaitan penceraian, hak kekeluargaan atau jenayah syariah.
Namun kehadiran pihak media yang menunggu di luar pintu bilik kaunter itu tidak disenangi oleh Vanidah dan Rashidi yang cuba mengelak wajah mereka daripada dirakam oleh jurugambar.
Pasangan tersebut juga enggan ditemui oleh pemberita yang ingin mendapatkan penjelasan mengenai kehadiran mereka di situ.
Selepas kira-kira 15 minit, mereka kemudian dilihat keluar bersama seorang wanita yang memakai baju kurung kuning dan bergegas menuju ke kenderaan.
Hasil 'siasatan' media dengan sumber mahkamah bagaimanapun mendapati kedatangan Vanidah dan Rashidi difahamkan bagi menemani seorang ahli keluarga mereka yang mempunyai urusan di mahkamah berkenaan.
Vanidah dan Rashidi yang mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2000, seringkali dijadikan contoh kepada pasangan artis tempatan kerana perkahwinan mereka yang kekal sehingga kini.
Pasangan pelakon berusia 37 tahun itu yang pernah dinobatkan sebagai juara musim pertama program 'Sehati Berdansa' dikurniakan dua cahaya mata berusia sembilan dan enam tahun.-UTUSAN

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics