Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » MAS AKAN BELI BOEING 737-900ER
| 0 comments ]
Share

Malaysia Airlines (MAS) kini mengkaji kemungkinan membeli pesawat 737-900ER kerana ia berhak menukarnya dengan tempahan 737-800 sekarang, kata Pengarah Jualan Kanan Pesawat Komersial Boeing, Paul Dubeck.
"Mereka sedang mengkaji perkara itu dan mempunyai hak untuk menukarnya,” katanya di sini semasa ditanya sama ada MAS menunjukkan minat kepada 737-900ER.Pesawat 737-900ER adalah pesawat jet berkembar jarak pendek hingga sederhana yang meningkatkan keupayaan keluarga model Next-Generation 737.
Pesawat 737-900ER boleh membawa tambahan 26 penumpang berbanding 737-900 dan sehingga 215 penumpang dalam satu kelas tunggal.
Ia juga boleh terbang tambahan sehingga 500 batu nautika - sehingga 3,200 batu nautika (5,925km) - sambil mencatatkan kos operasi lebih rendah berbanding pesawat A321.
MAS telah menempah 35 pesawat Next-Generation 737-800 pada 2008. Tempahan itu bernilai lebih AS$2.6 bilion pada harga tersenarai semasa itu.
Satu perempat daripada 35 pesawat 737-800 yang ditempah dijangka diserahkan pada pertengahan tahun ini. –utusan

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics