Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » ROZITA CHE WAN TAK JADI BERSARA
| 0 comments ]
Share


Rozita Che Wan kita tu telah pun menerima tawaran Astro sebagai artis residen stesen televisyen itu. Wah, kalau betul, ini bermakna si jelita ini akan bergelar wajah eksklusif Astro lah nampaknya. Sama taraf macam Erra Fazira, Farid Kamil dan Aaron Aziz.
Tetapi setakat ini, Rozita katanya masih belum memberi kata putus berhubung perkara itu. Puncanya, sebab pihak Astro tak lampirkan tawaran secara hitam putih. Tapi, bagi Joyah, kalau betul Rozita terima tawaran itu, apa salahnya bukan? Orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Lagipun, kalau betul Rozita tak jadi bersara dari dunia lakonan, itu sebenarnya memberi petunjuk positif. Maknanya, peminat masih lagi belum rela melepaskan persaraan Rozita dan masih mahu tengok bakat yang ada pada Rozita. Sekurang-kurangnya, tak ada lah lagi mulut-mulut longkang yang kata Rozita ni hanya pandai pose cantik saja, tapi lakonan hampeh. Kadang-kadang kita tak tahu, Tuhan nak bagi rezeki apa pada kita betul tak?-utusan

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics