Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PEMANGKIN TRANSFORMASI
| 0 comments ]
Share

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak umat Islam supaya menjadikan sambutan Maulidur Rasul yang penuh keberkatan sebagai pemangkin untuk terus melonjakkan transformasi negara secara holistik dalam semua bidang.Beliau berkata, ia bagi melahirkan kekuatan satu ummah yang progresif dan menjadi umat yang hebat sebagaimana Rasulullah S.A.W merupakan insan yang terhebat. "Saya mendoakan agar sambutan Maulid Rasulullah S.A.W. kali ini benar-benar menggerakkan kita untuk berjuang mencapai hasanah di dunia dan di akhirat, sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Insya-Allah,” katanya dalam perutusan Maulidur Rasul 1432H dalam blog beliau www.1malaysia.com.my hari ini.
Najib berkata, bertepatan dengan tema Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu “1Malaysia, 1Ummah”, sudah tentulah Rasulullah S.A.W. sebagai ikon terbaik semua umat manusia, maka sirah baginda telah membuktikan bahawa baginda amat mengutamakan perpaduan antara umat yang berbilang kaum dan agama di Madinah.
"Iktibar ini dilaksanakan di negara kita melalui penghayatan 1Malaysia, 1Ummah,” katanya.
Najib berkata, kekuatan berpaksikan perpaduan inilah yang menjadi rencah utama membawa transformasi murni kepada umat Islam di negara ini dan mesej ini perlu dihayati dan disebarkan kepada seluruh dunia Islam. – Bernama

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics