Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » SEMUA PELAJAR MALAYSIA DI MESIR SELAMAT
| 2 comments ]
Share

Nama terkini pelajar malaysia di mesir yang selamat.Semua penuntut Malaysia di Mesir dalam keadaan sihat dan selamat dan berada dalam kumpulan besar serta mempunyai bekalan makanan yang mencukupi, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail.
 
Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa para penuntut di tanah air supaya tidak bimbang kerana delegasi Malaysia yang diketuai Timbalan Menteri Luar, Senator A.Kohilan Pillay yang kini berada di Kaherah sejak Isnin sentiasa memantau keadaan semasa di negara yang sedang bergolak itu.

"Mereka semuanya Alhamdulillah selamat dan sihat, makanan semua ada cuma pergerakan terhad akibat daripada perintah berkurung yang dikenakan, itu sahaja.
Demonstrasi oleh rakyat Mesir setiap hari itu biasa, dan tidak menjejaskan pelajar,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. - Bernama

 
Real Time Web Analytics