Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » MALAYSIA HANTAR SMART KE JEPUN
| 0 comments ]
Share


BANGUNAN-BANGUNAN rumah, kapal dan sampah-sarap berlonggokan setelah dihanyutkan arus tsunami di Minamisanrikucho, semalam. - AP

Kerajaan akan menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) serta pegawai perubatan ke Jepun bagi membantu usaha menyelamat mangsa gempa bumi dan tsunami semalam.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pasukan Smart itu terdiri daripada enam anggota dan anjing pengesan untuk mengesan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di kawasan yang dilanda gempa bumi dan tsunami.

''Kesemua anggota pasukan penyelamat, anjing pengesan dan doktor bersama pembantu kesihatan itu akan berlepas ke Jepun dengan menaiki pesawat Charlie 130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada pukul 6 petang ini," katanya kepada pemberita selepas melawat kampus utama Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kuala Pahang di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tragedi gempa bumi dan tsunami yang paling teruk melanda Jepun dalam tempoh 140 tahun semalam.
Gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter itu mengakibatkan berlaku tsunami setinggi 10 meter yang melanda pantai timur laut negara tersebut sehingga mengakibatkan kemusnahan rumah, kereta, bangunan, ladang dan bot.
Sehingga petang ini, lebih 1,300 mangsa bencana alam itu ditemui di wilayah terbabit dan ramai lagi dipercayai tertimbus di bawah runtuhan setelah sebuah hotel roboh di utara bandar Sendai.
Sementara itu, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab berkata, penghantaran pasukan Smart serta pegawai perubatan yang dijadualkan berlepas 6 petang ini ditangguhkan sementara menunggu lampu hijau negara itu.
Menurutnya, ini adalah ekoran berlaku letupan dan kebocoran radiasi di loji jana kuasa nuklear Tokyo Electric Power Co's (Tepco) Fukushima Daiichi.
"Jepun telah mengarahkan pasukan keselamatannya membuat pemeriksaan terlebih dahulu bagi memastikan pasukan menyelamat dari luar negara yang bakal tiba tidak terdedah kepada radiasi hasil letupan yang berlaku itu.
"Bukan sahaja Malaysia, malah kesemua 45 negara yang mahu menghantar pasukan misi menyelamat ke Jepun kini sedang menunggu lampu hijau dari negara itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata, misi itu disertai 51 orang kesemuanya dengan diketuai oleh Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Sempadan Darat MKN, Khairil Hilmi Moktar yang akan berada di Jepun selama 14 hari.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics