Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 5.30 petang mambabitkan dua pegawai eksekutif di sebuah syarikat manakala kejadian kedua kira-kira jam 7 pagi, semalam membabitkan guru wanita yang sedang berjalan ke sekolahnya.
Mereka dihantar ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Mangsa pertama, Rohainah Hussin, 30, berkata, kejadian berlaku pantas menyebabkan dunianya gelap tiba-tiba.
Beliau berkata, ketika itu, dia bersama rakannya dalam perjalanan ke tempat letak kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Brickfields sebelum seorang lelaki bermotosikal melempar sejenis cecair ke arah mereka.
“Cecair itu terkena muka saya menyebabkan kedua-dua belah mata rosak, manakala muka sebelah kiri hingga ke leher terbakar.
“Rakan saya di sebelah juga terkena tempias di mukanya.
“Selepas kejadian, saya hanya mampu meminta tolong sebelum berlari bersama rakan ke arah paip berdekatan untuk membasuh muka,” katanya ketika ditemui di PPUM di sini, semalam.
Katanya, dalam keadaan tidak nampak itu, dia hanya mampu berpegang kepada rakannya sambil berjalan ke arah klinik berdekatan sebelum dibantu seorang lelaki.
Sementara itu, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Khalid mengesahkan kejadian.
1 comments
dalam pukul 7+ pagi semalam pon ade kes wanita disimbah asid dkt Jln Raja Laut..
Post a Comment