Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » TAIB MAHMUD TETAP AKAN BERTANDING
| 0 comments ]
Share

SEDIA... Najib bersalam  dengan  Taib Mahmud sambil diperhatikan Tan Sri George Chan, selepas  sidang akhbar di Lapangan Terbang Kuching, semalam.
Najib bersalam dengan Taib Mahmud sambil diperhatikan Tan Sri George Chan, selepas sidang akhbar di Lapangan Terbang Kuching, semalam.
Spekulasi berhubung tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-10 akhirnya terungkai apabila secara rasmi dibubarkan, Isnin ini.Pengumuman itu dibuat Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada sidang media bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin di Bilik Orang Kenamaan di Lapang Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, petang semalam.

Beliau berkata, notis mengenai pembubaran itu kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng sudah diserahkan, baru-baru ini.

Bagaimanapun, khabar angin mengatakan beliau bakal berundur sebaik DUN dibubarkan adalah sebaliknya apabila menjelaskan tetap bertanding dan mempertahankan di kerusi Balingian dalam Parlimen Mukah yang dimenangi sejak 2001.



Abdul Taib tidak menyatakan alasan sebab beliau mahu terus kekal menerajui Sarawak sejak menjadi Ketua Menteri pada 1981.


Beliau adalah Ketua Menteri paling lama selain ahli parlimen kedua terpanjang berkhidmat di Malaysia selepas Tengku Razaleigh Hamzah dengan menjadi Ahli Parlimen selama 38 tahun.

“Saya tetap bertanding dan mengetuai PRN kali ini. Saya pernah menyatakan hasrat meletakkan jawatan (sebagai Ketua Menteri) iaitu pada 2006, namun terpaksa membatalkan hasrat berkenaan.


“Belum tiba masanya tetapi tidak menolak kemungkinan perkara itu (peralihan kuasa) berlaku kira-kira setahun atau lebih selepas tamat pilihan raya negeri.” katanya.


Sebelum itu, Perdana Menteri memberi bayangan bahawa Abdul Taib tetap bertanding selepas mengamanahkan beliau mengetuai PRN kali ini.


Dengan pengumuman itu, pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari, namun beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.


Pun begitu, cakap-cakap mula kedengaran apabila hari penamaan calon dikatakan jatuh pada 6 April manakala pengundian berlangsung 10 hari kemudian.


PRN 2006 memberi tamparan hebat selepas Barisan Nasional (BN) melalui Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kalah teruk apabila memenangi 11 daripada 19 kerusi dipertandingkan. Malah, SUPP turut kehilangan kerusi Parlimen Sibu pada pilihan raya kecil Mei tahun lalu.


Bagaimanapun, SUPP berjaya menambah satu kerusi iaitu DUN Engkelili apabila calon Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Johnichal Rayong Ngipa lompat menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas sebelum menyertai SUPP.


Pada PRN berkenaan, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang bersih 35 ditandingi, begitu juga Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang menang semua lapan kerusi ditandingi.


Parti komponen BN lain adalah Parti Rakyat Sarawak (PRS) menang lapan daripada sembilan kerusi ditandingi. Pembangkang pula menyaksikan DAP meraih enam kerusi manakala PKR dan Parti Cinta Malaysia (PCM) masing-masing dengan satu kerusi.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics