Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » MALEK NOOR DISERANG SAKIT JANTUNG
| 0 comments ]
Share

MALEK   diperiksa pegawai perubatan sebelum dikejarkan ke sebuah hospital  selepas diserang sakit jantung ketika menyertai perlawanan bola sepak di antara pasukan Menteri Besar Perak dan pasukan Pilihan Veteran Kebangsaan di Stadium Perak, malam kelmarin.
MALEK NOOR DISERANG SAKIT JANTUNG.MALEK diperiksa pegawai perubatan sebelum dikejarkan ke sebuah hospital selepas diserang sakit jantung ketika menyertai perlawanan bola sepak di antara pasukan Menteri Besar Perak dan pasukan Pilihan Veteran Kebangsaan di Stadium Perak, malam kelmarin.Bekas jaguh bina badan masuk ICU selepas aksi perlawanan amal di IpohBEKAS jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pantai Ipoh (HPI) akibat sakit jantung ketika baru lima minit beraksi pada perlawanan amal bola sepak antara pasukan pilihan Menteri Besar Perak dan Pilihan Bekas Pemain Kebangsaan di Stadium Perak, malam kelmarin.
Penyandang Mr Asia kategori heavyweight enam kali itu diberi bantuan kecemasan kira-kira jam 8.45 malam, selepas mengadu pening dan berpaut pada jaring gol ketika menjaga gawang pada perlawanan persahabatan yang turut disertai Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Berikutan itu, dia yang baru seminggu pulang dari menunaikan umrah di Makkah diberi rawatan kecemasan sebelum diusung keluar oleh pasukan perubatan bagi mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Bagaimanapun, Malek yang juga pernah dua kali terpilih sebagai finalis Mr Universe kategori heavyweight, terpaksa dikejarkan ke HPI sejam kemudian selepas tidak sedarkan diri.

Ketika kejadian Pengerusi Eksekutif Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datuk Paduka Mumtaz Begum Abdul Jaafar dan Pengurus Keahlian yayasan, Aminuddin Mohd Nasir, turut berada di stadium.

Aminuddin berkata, beliau terus mendapatkan Malek apabila Pengarah Eksekutif Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd itu memanggilnya selepas berasa pening dan bergayut pada jaring gol sebelum pasukan perubatan memberi bantuan kecemasan.
“Ketika di hospital (HRPB) dia masih boleh bercakap dan memberitahu kami nombor telefon keluarga terdekat untuk dihubungi tetapi tidak lama selepas itu keadaannya semakin serius dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di HPI, semalam.

Sementara itu, Perunding Kardiologi HPI, Dr Chan Chong Guan, berkata keadaan Malek semakin stabil dan bertambah baik selepas menjalani ‘angioplasty’ (pembentukan semula pembuluh darah melalui pembedahan), namun perlu dipantau rapi di ICU selama dua hari kerana bimbang serangan jantung mungkin berlaku lagi dalam tempoh itu.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics