Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » PELANCARAN HARIAN METRO SABAH MERIAH
| 0 comments ]
Share

MENARIK...sebahagian penari Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara, Sabah lengkap dengan pakaian tradisional membaca akhbar  Metro Ahad edisi Sabah.
PELANCARAN HARIAN METRO SABAH MERIAH.sebahagian penari Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara, Sabah lengkap dengan pakaian tradisional membaca akhbar Metro Ahad edisi Sabah.Meskipun baru bertapak di negeri ini, kira-kira setahun lalu, namun akhbar nombor satu negara, Harian Metro (HM) sudah memperlihatkan pengaruhnya menggamit perhatian rakyat negeri ini.
RASMI...Yahya (tengah), Zainul (kiri) dan Mustapa  ketika melancarkan  Harian Metro edisi Sabah, semalam.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, hal itu terbukti apabila bulan lalu saja, Harian Metro sudah mencatatkan purata edaran harian sebanyak 7,000 naskhah sehari. “Saya yakin jumlah itu pasti meningkat kerana banyak laporan dipaparkan dalam HM sangat menarik, terkini, padat dan lebih dekat dengan masyarakat di segenap kawasan di samping memberi lebih pilihan kepada rakyat.

“Selain itu, saya berharap edarannya dapat diperluaskan lagi ke daerah lain terutama di kawasan pedalaman negeri ini,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Pelancaran HM Edisi Sabah di Kompleks Beli-Belah Centre Point, di sini, semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin.

Majlis turut dihadiri Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa dan Pengarang Kumpulan HM, Datuk Mustapa Omar. Hadir sama Pengarang Eksekutif Berita HM, Othman Mamat, Pengarang Eksekutif Pengeluaran HM, Ahmad Salim Bachok, Pengarah Penjualan Iklan NSTP, Badrul Hisham Mahzan dan Pengarah Pemasaran NSTP, Zuraida Mohamad.

Pelancaran HM edisi Sabah turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan dan hiburan oleh artis tempatan di samping pembukaan kaunter penjualan akhbar berkenaan.
Musa berkata, pelancaran HM edisi Sabah dilihat sebagai satu lagi medium yang akan mendekatkan rakyat Sabah dengan kerajaan.

“Kerajaan negeri mengalu-alukan kedatangan akhbar ini dan berharap penduduk Sabah akan memperoleh manfaat bukan saja menerusi pembacaan tetapi juga menjadi wadah atau suara rakyat.
“Saya percaya HM edisi Sabah membantu menyebarkan lebih banyak maklumat dan ilmu termasuk berkaitan dasar kerajaan serta pembangunan ekonomi ke seluruh negeri,” katanya.

Sementara itu, Zainul Arifin berkata, HM edisi Sabah akan membolehkan rakyat di negeri ini mengetahui berita terkini yang berlaku di Sabah dan Semenanjung.

“Penerimaan rakyat Sabah pada masa ini amat menggalakkan dengan pengedaran lebih 7,000 naskhah HM edisi Sabah. Apa yang membezakan HM edisi Sabah dengan edisi lain, edisi ini mempunyai lima hingga lapan muka surat berita tempatan,” katanya.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics