Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » PENYOKONG BOLA GADUH DI STADIUM
| 0 comments ]
Share

PENYOKONG BOLA GADUH DI STADIUM.Perlawanan akhir kejohanan bola sepak satu liga tempatan di Stadium Likas di sini, kelmarin, berakhir dengan pergaduhan membabitkan penyokong hingga berlaku insiden membaling kerusi sehingga memaksa tetamu jemputan serta wartawan lari menyelamatkan diri.Perlawanan akhir Liga Terbuka Umno Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) antara Beverly FC dan Pensiangan FC itu julung kali diadakan di Stadium Likas dan kekecohan berlaku kira-kira jam 9.45 malam selepas penyokong Pensiangan FC tidak berpuas hati dengan kekalahan 2-3 pasukan mereka.

Akibatnya, lima penyokong fanatik dari pasukan Beverly FC dan Pensiangan FC mengalami kecederaan selepas bertumbuk sesama sendiri.
Difahamkan, kekecohan tercetus selepas seorang penyokong pasukan bertindak menghampiri kumpulan penyokong lawan sebelum membuat provokasi dan tindakannya itu menimbulkan kemarahan sehingga membawa kepada pergaduhan.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila kedua-dua penyokong bertindak ganas dengan membaling kerusi antara satu sama lain, sehingga orang ramai yang menyaksikan perlawanan itu bertempiaran lari.

Bagaimanapun, sepasukan anggota polis bertugas dapat mententeramkan keadaan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner, Ahmad Sofi Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mendapati segala-galanya berpunca daripada sikap penonton yang fanatik serta gagal mengawal perasaan.

“Bagaimanapun, suasana kembali terkawal apabila anggota polis ditugaskan menjaga keselamatan stadium terbabit dapat mengawal keadaan dan kembali normal.
“Saya menasihati penyokong bola sepak negeri ini supaya tidak terlalu ghairah sehingga mencetuskan pergaduhan,’’ katanya.

Beliau berkata, penyokong perlu menjaga tatasusila ketika menyaksikan perlawanan bola sepak.

“Mereka tidak boleh mengikut perasaan sehingga mencetuskan kekecohan.

“Kita perlu utamakan semangat kesukanan dalam apa jua pertandingan.

“Jadi penonton perlu kawal perasaan kerana kalah atau menang menjadi adat dalam setiap pertandingan,” katanya.

Katanya, pergaduhan sesama sendiri seperti itu menyebabkan tiada sesiapa yang untung.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics