Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » PRIMAX 95 XTRA BERI LEBIH KUASA
| 0 comments ]
Share

PRIMAX 95 XTRA BERI LEBIH KUASA.PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) melancarkan produk terbarunya iaitu Primax 95 Xtra, minyak baru yang diinspirasi daripada teknologi Formula Satu yang terbukti mampu memberikan lebih kuasa serta pergi lebih jauh bagi setiap liter.Minyak baru menggantikan RON 95 sedia ada itu juga akan menjadi tanda aras baru industri kerana Primax 95 Xtra dijual pada harga kawalan minyak RON 95 walaupun memiliki mutu dan prestasi lebih tinggi.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amir Hamzah Azizan berkata, pelancaran Primax 95 Xtra itu menunjukkan kepentingan penambahbaikan dan penyelidikan berterusan kepada barisan produk Primax.
Katanya, matlamat PDB berusaha sedaya upaya memberikan hanya yang terbaik untuk pelanggan sama ada produk mahupun perkhidmatan. “Primax 95 Xtra membuktikan komitmen syarikat untuk terus melabur dalam membangunkan produk inovatif yang memenuhi serta menjangkau jangkaan pengguna.

“Ini juga satu lagi pencapaian besar dalam usaha PDB untuk meningkatkan lagi tahap inovasi dan teknologi bagi menghasilkan satu standard baru dalam industri,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan. Pelancarannya dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics