Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » VIDEO SEKS PEMBANGKANG DI YOU TUBE
| 0 comments ]
Share

Satu klip video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang didakwa sudah dimuat turun ke laman web YouTube dan beberapa laman blog sejak tengah hari semalam. Dalam klip video selama satu minit 47 saat itu memaparkan tiga individu iaitu dua lelaki bersama seorang wanita dalam sebuah bilik sebelum seorang daripada lelaki terbabit keluar.

Di awal permulaannya, seorang wanita lengkap berpakaian duduk di sisi katil sambil dua lelaki seorang daripadanya bertuala berbual ringkas sebelum lelaki itu keluar.
Kelihatan selepas itu wanita terbabit memakai tuala. Sebelum klip itu berakhir, lelaki bertuala berkenaan memeluk wanita terbabit.

Bagaimanapun, klip video hitam putih berkenaan hanya sebahagian daripada rakaman klip video selama kira-kira 23 minit.

Sebelum ini kecoh apabila tiga individu dikenali sebagai Datuk T menayangkan satu klip video didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang kepada beberapa wartawan dan editor kanan akhbar.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics