Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » FINAL PIALA FA DI BUKIT JALIL 11.6.2011
| 0 comments ]
Share

PERLAWANAN akhir Piala FA antara Kelantan dengan Terengganu pada 11 Jun depan akan diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara itu diputuskan hasil permohonon Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya perlawanan itu diadakan di venue berkenaan."Oleh kerana ia diadakan pada bulan Jun dan dimasukkan dalam pakej permohonan FAM untuk menganjurkan pelbagai perlawanan persahabatan, termasuk perlawanan kelayakan Sukan Olimpik, kelayakan Piala Dunia pada bulan Jun dan Julai ini, maka saya meminta pihak stadium agar stadium itu dapat digunakan untuk perlawanan Piala FA," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pasar Tani Chukai di Kemaman semalam.
Mengulas mengenai aspek kesela- matan semasa perlawanan akhir itu nanti, Ahmad Shabery melahirkan keyakinan terhadap penonton kedua-dua pasukan yang mampu menunjukkan sikap terbaik.
"Insya-Allah Kelantan dan Terengganu adalah dua negeri yang paling akrab, boleh berkongsi budu, keropok lekor dan masing-masing makan nasi dagang, saya rasa masing-masing akan menjaga kesopanan dan ketertiban.
"Kita dua negeri yang sepatutnya tidak berbalah, kalau logiknya kita jangka bukan bermain di Bukit Jalil tetapi bermain di Besut tetapi malangnya di Besut tidak ada stadium," katanya.
Kelantan layak ke perlawanan akhir selepas mengalahkan Selangor dengan agregat 6-2, manakala Terengganu mara dengan agregat 5-2 ke atas Pahang. - Bernama

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics