Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » SISWAZAH UKM DIBUNUH TOLAK LAMARAN
| 0 comments ]
Share

ANGKAT...anggota polis mengusung mayat mangsa ke dalam kenderaan polis. Gambar kecil, Ratna Sufizzahriyyanti Omar.
SISWAZAH UKM DIBUNUH TOLAK LAMARAN.ANGKAT...anggota polis mengusung mayat mangsa ke dalam kenderaan polis. Gambar kecil, Ratna Sufizzahriyyanti Omar.
suspek dibawa ke Mahkamah Alor Setar untuk mendapatkan tahanan reman, kelmarin.Akibat menolak lamaran untuk berkahwin, seorang siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, maut ditikam teman lelakinya dalam tragedi berdarah di sebuah rumah di Taman Mahkota, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa, Ratna Sufizzahriyyanti Omar, 23, meninggal dunia di tempat kejadian apabila ditikam berkali-kali di badan, dada dan tangan dengan sebilah pisau oleh kekasihnya yang berusia 50-an.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Gurun, berkunjung ke rumah sewa suspek dipercayai untuk memutuskan hubungan mereka yang terjalin sejak enam tahun lalu.

Permintaan mangsa itu menyebabkan mereka bertengkar sehingga mendorong suspek mengambil pisau di dapur dan menikam mangsa berkali-kali.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, berkata suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di bandar raya ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics