Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » SULTAN KELANTAN DOA TEMU JODOH
| 0 comments ]
Share

MESRA...Sultan Kelantan bersalaman dengan wartawan yang menghadiri sidang media, semalam.
SULTAN KELANTAN DOA TEMU JODOH.Sultan Kelantan bersalaman dengan wartawan yang menghadiri sidang media, semalam.“Saya kini berdoa, insya-Allah Tuhan akan makbul,” titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ketika menjawab soalan bila baginda akan memiliki permaisuri, sekali gus membayangkan Kelantan bakal mempunyai Raja Perempuan.Baginda bertitah demikian pada sidang media khas di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini, petang kelmarin, yang pertama kali diadakan sejak dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu. Sidang media itu memberi peluang kepada wartawan bertanyakan pelbagai soalan termasuk mengenai Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilancarkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, esok.


Baginda bertitah, dengan berkat doa rakyat dan pembesar negeri, persoalan berkenaan boleh menjadi kenyataan.

“Insya-Allah dengan berkat doa tok guru, datuk (pembesar negeri), insya-Allah berjaya, (memiliki permaisuri),” titahnya sambil tersenyum.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics