Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » JUARA AF9 , HAZAMA ATAU FINA
| 0 comments ]
Share

JUARA final AF9 , HAZAMA ATAU FINA .MASA yang ditunggu sudah pun tiba apabila program realiti popular, Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) bakal melabuhkan tirainya malam Ahad ini (12 Jun). Bakal berlangsung di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya, peminat tegar program realiti itu akan dapat menyaksikan seorang lagi juara AF bakal dijulang pada malam bersejarah.Sejak dari awal AF9 mula bersiaran, Astro selaku penyiar rasmi telah menerima pelbagai kritikan tentang musim terakhir itu yang nampaknya tidak berupaya mengembalikan fenomena yang pernah dikecapi oleh AF satu ketika dulu.
Bermula dengan pemilihan pengetuanya, kualiti pemilihan pelajar, lokasi konsert mingguan sehinggalah kejutan yang ditampilkan, semuanya terus diperkatakan ramai.
Sekadar menyingkap sejarah AF, Vincent Chong atau Vince merupakan juara sulung program itu yang mula diperkenalkan pada tahun 2003.
Kemudian, Ahmad Zahid Baharuddin atau Zahid pula dinobatkan sebagai juara AF2, Asmawi Ani (Mawi-AF3) dan Mohammad Faizal Ramly (Faizal-AF4).
Noorsyarmilla Jirin atau Mila Jirin pula menjadi peserta wanita pertama yang dinobatkan sebagai juara AF5, diikuti Stracie Angie Anam (Stacy-AF6), Mohd. Hafiz Mohd. Suip (Hafiz-AF7) dan Ahmad Shahir Zawawi (Shahir-AF8).
Sepanjang sembilan musim AF bersiaran, program yang diterbitkan oleh Astro itu sudah bersedia untuk menutup bukunya.
Segala momen penting baik yang indah mahupun buruk semuanya sudah tercatat dan akan disimpan kemas dalam lipatan sejarah untuk dikenang sampai bila-bila.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Hits sekali lagi mahu membawa para pembaca untuk melihat dan meramal siapakah di antara empat finalis AF9 yang berpotensi besar diangkat sebagai juara.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics