Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » JURUKAMERA BERAHI
| 0 comments ]
Share

PILIH...pemain boleh memilih permainan elektronik berunsur seks di Internet sebelum memuat turun 

ke telefon bimbit.
Remaja muat turun mainan berahi ke telefon bimbit.PILIH.pemain boleh memilih permainan elektronik berunsur seks di Internet sebelum memuat turun ke telefon bimbit.Satu permainan elektronik yang diadaptasi daripada rancangan realiti seks terkenal di luar negara kini menjadi kegilaan remaja terutama pelajar untuk dimuat turun ke dalam telefon bimbit secara percuma.
Antara tarikan utama yang mendorong remaja memuat turun permainan itu disebabkan ia menggunakan visual manusia, bukan animasi seperti permainan elektronik lain.
Melalui permainan ini, pemain bertindak sebagai jurukamera program itu dengan merakamkan aksi lucah dan berahi tiga gadis yang menjadi peserta program realiti terbabit.

Pada peringkat permulaan, setiap pemain diwajib menjawab soalan dan menyelesaikan beberapa halangan untuk ke peringkat seterusnya.

Permainan itu cukup mudah dan memberahikan kerana setiap pemain disyaratkan menjawab satu soalan di setiap peringkat selain memujuk gadis dalam program terbabit. Sekiranya berjaya, gadis pilihan terbabit akan membuka pakaiannya satu persatu sehingga bogel.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics