Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » KEROPOK LEKOR TERPANJANG TERENGGANU
| 0 comments ]
Share

KEROPOK LEKOR TERPANJANG TERENGGANU.Gandingan 25 pakar membuat keropok lekor sambil dibantu 100 pelajar institut pengajian tinggi tempatan berjaya menghasilkan rekod baru keropok lekor terpanjang di Malaysia sempena Karnival Bank Rakyat (KBR), di Dataran Shahbandar, di sini, semalam.Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat, berkata keropok lekor terbabit adalah sepanjang 479.4 meter mengatasi rekod lama 300 meter pada 2006 yang tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

“Hasrat kami untuk mencari kelainan dalam penganjuran KBR di negeri ini berjaya apabila satu sejarah terpahat dengan penghasilan keropok lekor terpanjang itu.
“Selepas rekod itu disahkan MBOR, keropok lekor berkenaan dijual kepada pengunjung dan hasil jualan didermakan kepada rumah kebajikan di negeri ini,” katanya.

Proses membuat keropok lekor terpanjang itu bermula jam 10.30 pagi dan memakan masa hampir tiga jam untuk disiapkan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Industri Keropok Warisan TRG, Mohd Zaman Muda, 53, yang mengetuai usaha terbabit berkata, sebanyak 1,200 kilogram ikan dan 850 kilogram tepung sagu digunakan bagi menyiapkan keropok lekor berkenaan yang mempunyai kelebaran 6.5 sentimeter.
“Kami menggunakan campuran isi ikan selayang, tamban dan lolong segar untuk menyiapkan keropok itu,” katanya yang berpengalaman 31 tahun membuat keropok lekor.

Menurutnya, usaha dilakukan Bank Rakyat untuk mencipta rekod baru itu adalah langkah bijak dalam mempromosikan industri keropok lekor di negeri ini kepada masyarakat tempatan dan pelancong asing.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics