Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » SHAHEIZY SAM DAPAT HADIAH NISSAN TEANA
| 0 comments ]
Share

Foto
SHAHEIZY SAM DAPAT HADIAH NISSAN TEANA.Bintang Paling Popular anggap hadiah bermakna, hargai sokongan peminat.Genap dua bulan bergelar Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, Shaheizy Sam, 29, akhirnya memandu pulang hadiah kemenangannya, kereta Nissan Teana 2.0 berharga RM133,400 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCMSB) di sini, semalam.

Hadiah disampaikan Pengarah Eksekutif ETCMSB, Datuk Dr Ang Bong Beng di ruang pameran kereta edarannya di Jalan Ipoh Kecil, di sini.

Turut hadir, Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Mior Kamarul Shahid, timbalannya, Mahfar Ali dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk ABPBH 2010 merangkap Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar.
Sam berkata, kereta Nissan Teana itu membawa makna besar dalam hidupnya kerana ia hadiah daripada peminat yang memberi sokongan tidak berbelah bagi hingga membolehkannya dipilih sebagai Bintang Paling Popular.

“Selama ini saya memandu kereta mummy yang saya hadiahkan untuknya.

Selepas memiliki Nissan Teana yang serba selesa ini, sudah tentu saya akan menggunakannya untuk ke mana-mana.

“Insan pertama yang akan saya bawa bersiar-siar menaiki kereta ini sudah tentu mummy yang melahirkan saya ke dunia ini sekali gus menjadi peneman setia,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah.
Majlis sama turut menyaksikan pemberian hadiah kereta Nissan Grand Livina 1.6 (A) bernilai RM85,564 kepada pembaca bertuah, Rosli Rahmat, 34.

Katanya, dia terkejut kerana tidak menyangka hanya dengan kiriman tujuh borang pencalonan melayakkannya meraih ganjaran utama bagi kategori pembaca yang dianggap hadiah perkahwinan teristimewa.

“Waktu menerima panggilan daripada wakil Berita Harian mengenai kemenangan ini, saya sangka kawan-kawan cuba mengenakan saya, tambahan pula ketika itu baru tiga bulan mendirikan rumah tangga.

“Apa pun selepas diyakinkan beberapa kali, baru saya sedar ia kenyataan malah saya dan isteri akan bercuti ke beberapa destinasi menarik di luar Kuala Lumpur menggunakan kereta baru ini,” kata juruteknik kelahiran Pantai Dalam itu.

Sementara itu, Dr Ang berkata, kerjasama sebagai penaja utama ABPBH yang sudah memasuki tahun ketiga memberi impak terhadap jualan kenderaan edaran syarikat itu malah pihaknya sedia meneruskan usaha sama bagi penganjuran ABPBH 2011 yang genap 25 tahun depan.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics