Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , , » SKIM LATIHAN 1MALAYSIA
| 0 comments ]
Share

skim latijan 1malaysia diperkenalkan.Kerajaan melancarkan program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) bagi meningkatkan kebolehpasaran atau keupayaan graduan mendapatkan pekerjaan bermula tahun ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata untuk fasa pertama 3,000 graduan akan mengikuti program itu manakala 5,000 graduan bakal mengikuti program untuk fasa kedua.Beliau berkata, Bank Negara Malaysia bersama-sama 25 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) akan terbabit dengan program SL1M bagi fasa pertama. 

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Skim Latihan 1Malaysia (SLIM) yang akan dilancarkan kerajaan esok diyakini berupaya mengurangkan pengangguran di kalangan golongan siswazah.
Perdana Menteri ketika mengumumkan perkara itu berkata, program tersebut akan memastikan siswazah terpilih ditempatkan di syrikat-syarikat milik kerajaan (GLC) bagi tujuan latihan praktikal.
Menurutnya, seramai 3,000 siswazah akan diambil secara berperingkat dalam kumpulan pertama program itu dan usaha tersebut diyakini berupaya mengurangkan bilangan siswazah menganggur pada masa depan.
"Siswazah terbabit akan mendapat latihan selama setahun di GLC berkenaan sebelum dinilai untuk dikekalkan di syarikat tersebut atau mendapatkan pekerjaan di syarikat lain," katanya ketika berucap pada Forum Tindakan Belia 2011 anjuran myHarapan dan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) di sini hari ini.
Skim tersebut dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia.
Terdahulu, Najib menyertai 20 pemimpin belia di bawah myHarapan untuk berdialog serta menerima maklum balas mengenai keperluan dan harapan golongan itu terhadap kerajaan.
Dalam ucapannya, Najib yakin golongan belia pada masa ini akan memilih kerajaan yang mampu menjaga kepentingan mereka selari dengan proses demokrasi yang diamalkan kerajaan.
"Saya mempunyai keyakinan ke atas belia Malaysia dan kerana itulah saya mengambil inisiatif untuk melaburkan masa saya serta kerajaan bagi memastikan kita terus berhubung rapat dengan golongan muda negara," katanya.



0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics