Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , , » USTAZ HARUN LEBAI SYARAH LUCAH
| 0 comments ]
Share

BERTAFAKUR...pengikut Ustaz Harun dalam sesi ceramah.
UZTAZ HARUN LEBAI SYARAH LUCAH.Bukan hanya mengaku dirinya jelmaan Imam Mahdi dan berkuasa mengalih posisi bulan, bintang dan matahari, malah Ustaz Harun tanpa segan silu beraksi ‘panas’ ketika menyampaikan ucapan atau syarahan kepada pengikutnya.Perbuatan itu mencurigakan beberapa pengikut, tetapi peliknya kebanyakan mereka seolah-olah boleh menerima dakwaan dan perbuatan lelaki terbabit.Ustaz Harun atau Harun Mat Saat, 45, paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) bersama lima individu lain kerana dipercayai terbabit kes penipuan skim cepat kaya dan pengambilan deposit secara haram membabitkan penyelewengan bernilai ratusan juta ringgit. Setakat ini, asetnya bernilai RM200 juta dibekukan BNM.
Bekas pengikut, Kalam Abdullah, 30, berkata semua ucapan yang didakwa lelaki itu sebagai syarahan agama mempunyai isi kandungan cerita lucah dan seks.
“Dia tanpa segan silu menyebut perkataan tidak senonoh dan beraksi ‘panas’ di depan kami walhal kelas itu dihadiri wanita dan topik yang dibincangkan tidak relevan dengan hal agama.
“Lebih menghairankan, sepanjang menjadi pengikutnya saya tak pernah melihat dia menunaikan solat dan sering menolak ajakan kami dengan pelbagai alasan,” katanya.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics