Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » BUDAK JATUH ARAS 10 SELAMAT
| 1 comments ]
Share

Budak jatuh dari aras 10 selamat.Seorang kanak-kanak perempuan China berusia dua tahun yang jatuh dari tingkap bangunan tingkat 10 terselamat apabila seorang pejalan kaki berjaya menyambutnya dari bawah.Wu Juping, 31, ibu kepada bayi berusia tujuh bulan melihat kanak-kanak itu bergayut di tingkap tingkat 10 bangunan apartmen dekat Hangzhou di wilayah timur Zhejiang, Sabtu lalu.

Wanita yang cepat meramal kejadian buruk bakal berlaku itu kemudian menanggalkan kasut tumit tingginya dan berkejar ke arah kanak-kanak terbabit sambil menghulurkan tangannya.
Juping dipuji sebagai heroin di stesen televisyen China yang menunjukkan dia dirawat di hospital selepas patah tangan ekoran kejadian itu. Kanak-kanak itu yang bernama Niu Niu mengalami pendarahan dalaman dan masih berada dalam keadaan kritikal.

Dia ditinggalkan di rumah sendirian ketika kemalangan itu berlaku, lapor agensi berita kerajaan Xinhua. Demi menyelamatkan Niu Niu, Juping patah tangan kirinya ketika kanak-kanak terbabit menghempapnya sebelum tercampak di atas rumput, manakala wanita berkenaan pengsan akibat kejadian itu.

Pengarah hospital bandar Fuyang, Jin Dengfeng yang menawarkan rawatan percuma kepada Juping selepas mendengar kisah wanita itu berkata, Juping menggadai nyawanya apabila cuba menyelamatkan kanak-kanak malang terbabit.
“Dia mungkin mati atau lumpuh jika kanak-kanak itu menimpa kepalanya atau belakang tubuhnya,” kata Jin.

Juping berkata ekoran kecederaan dialami, dia terpaksa berhenti menyusukan bayi lelakinya.
“Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku,” katanya.

“Saya hanya berharap Niu Niu dapat sembuh,” katanya lagi

1 comments

Adam said... @ July 5, 2011 at 2:30 PM

Ajal tak sampai lagi tu.

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics