Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , , » HARI HIMPUNAN BINTANG KOSMO-MyIPO 2011
| 0 comments ]
Share

Seramai 90 pelakon, penyanyi, pelawak serta anggota 25 band tempatan telah mengesahkan kehadiran pada Hari Himpunan Bintang Kosmo!-MyIPO 2011 esok.Pengarang Hiburan Kosmo!, Yusman Awang berkata, majlis yang akan bermula pada pukul 3 petang itu akan diadakan di DoubleTree by Hilton, The Intermark, Jalan Tun Razak di sini.
Beliau berkata, antara artis yang hadir ialah Ziana Zain, Jamal Abdillah, Hattan, Jaclyn Victor, Bront Palarae, Bunkface, Hujan, Fauzi Nawawi.
"Mereka akan menyertai simposium berjudul Pertahankan Hak, Perkukuhkan Seni Melalui Perlindungan Hak Harta Intelek yang menyaksikan tiga artis ternama tampil sebagai panel iaitu Amy Search, Diana Danielle dan Aizat Amdan.
"Selain mereka, Timbalan Ketua Pengarah MyIPO, Mohd. Shahar Osman juga akan menjadi salah seorang ahli panel simposium itu," katanya di sini semalam.
Menurut Yusman, jumlah artis yang bakal menyertai majlis anjuran bersama Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Kosmo! tersebut dijangka bertambah apabila ramai akan membuat pengesahan mengenai kehadiran mereka hari ini.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics