Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » SKUASY SUMBANG 9 PINGAT EMAS
| 0 comments ]
Share

SYABAS...Zolkples bersama skuad skuasy berpasukan  wanita, semalam.
SYABAS...Zolkples bersama skuad skuasy berpasukan wanita, semalam

KONTINJEN Malaysia akhirnya mencapai sasaran sembilan pingat emas pada Sukan Asia Ke-16 Guangzhou 2010.

Emas 'keramat' itu disumbangkan oleh pasukan skuasy wanita negara yang menewaskan Hong Kong pada aksi final di Gimnasium Bandar Sukan Asia, Guangzhou semalam.
Mata kemenangan diraih tepat pukul 11.45 pagi semalam apabila Datuk Nicol Ann David menewaskan Annie Au 11-8, 11-7, 11-6 sejurus Low Wee Wern menyumbang mata pertama skuad negara dengan menundukkan Rebecca Chiu 11-4, 7-11, 11-6, 11-9.
Kejayaan meraih sembilan pingat emas itu sekali gus membo- lehkan kontinjen Malaysia mengatasi pencapaian lapan pingat emas yang diraih pada Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar.
Bagi Nicol, 27, pingat emas kedua yang diraihnya itu selepas menjuarai acara individu wanita Ahad lalu tidak sesekali akan 'memaksa' dia bersara daripada menyertai Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.
"Ini bukan Sukan Asia terakhir saya. Jika badan saya ini masih mampu dan bertenaga, saya mahu terus beraksi untuk tempoh lima tahun lagi.
"Pingat emas hari ini (semalam) merupakan usaha berpasukan. Saya turun dengan penuh yakin selepas Wee Wern memberikan mata pertama," kata Nicol ketika ditemui selepas aksi final semalam.
Nicol turut menewaskan Annie pada aksi final acara individu wanita, Ahad lalu tetapi terpaksa mengharungi pertarungan empat set sebelum menang 11-8, 8-11, 11-6, 11-7.
Selain Nicol dan Wee Wern, dua lagi pemain yang turut berada dalam skuad negara untuk acara berpasukan wanita ialah Delia Arnold dan Sharon Wee.
Wee Wern, 20, pula memberitahu, dia hanya bertekad untuk memberikan yang terbaik apabila turun berdepan Rebecca, 32, yang jauh lebih berpengalaman.
"Ketika kedudukan 1-1, saya cuba main habis-habisan pada set ke- tiga dan akhirnya berjaya memenangi set tersebut dan terus mendapat keyakinan untuk memenangi set keempat.
"Memang saya agak gementar pada awal permainan kerana saya sedar menjadi harapan untuk mata pertama. Tapi saya berjaya mengatasinya," kata Wee Wern.
Dalam saingan individu wanita sebelum ini, Wee Wern meraih pingat gangsa setelah tewas kepada Nicol pada aksi separuh akhir.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics