Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , , » WON BIN MENANG ANUGERAH PELAKON LELAKI TERBAIK
| 1 comments ]
Share

TIGA karyawan terbaik Korea 2010. Lee Chang Dong (kanan) bergambar bersama See Young Hee (tengah) dan Won Bin.

SALAM semua ,pagi ni aku ada citer hot ni,semua kenal won bin kan? aku rasa yang girl mesti kenal dia,almaklumlah ramai pompuann minat citer korea ni,mesti kenal wonbin punya.

Aku penah tengok citer yang dia pelakon,contohnya  filem perang TAE GUK GI dan drama autumm in my heart yang di tayangkan kat tv 2005 ritu, aku ingat lagi , masa tu aku form tu.
AKTOR kacak Won Bin, 33, menepati ramalan ramai apabila dia membawa pulang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Korea Film Awards ke-8 yang berlangsung pada 18 November lalu di Dewan Budaya Seoul, di Seoul, Korea Selatan.
Kemenangannya itu diperoleh menerusi filem lakonannya dalam filem terbaru berjudul, The Man From Nowhere dan secara tidak langsung telah mengetepikan nama-nama besar yang lain seperti Park Joong Hoon (My Dear Desperado), Park Hui Soon (A Barefoot Dream), Choi Min Sik (I Saw the Devil) dan Jung Jae Young (Moss).
Menerusi filem The Man From Nowhere, Woo Bin memegang watak sebagai bekas pembunuh upahan bernama Cha Tae-Sik.
Aksinya bermula apabila dia ingin menyelamatkan orang yang dianggap satu-satunya teman ketika dia tinggal di sebuah apartmen.

Teman baiknya itu merupakan seorang kanak-kanak yang tinggal di tingkat atas apartmennya, lakonan pelakon cilik Kim Sae Ron yang telah diculik, manakala ibunya mati dibunuh.
Mencipta sejarah, filem The Man From Nowhere yang tercalon dalam 11 kategori itu telah ditonton lebih daripada 6.2 juta penonton dan menjadi salah sebuah filem Korea paling sukses sepanjang tahun ini.
Boleh dikatakan kemenangan itu merupakan kemenangan berganda buat Won Bin kerana sebelum ini dia juga memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pada Daejong Film Awards ke-47, baru-baru ini.
Bukan itu sahaja filem The Man From Nowhere turut memenangi enam anugerah lain termasuk kategori Aktres Baru Terbaik, Sinematografi Terbaik, Pencahayaan Terbaik, Suntingan Terbaik, Kesan Khas Terbaik dan Muzik Terbaik.
Pengarah terkenal Lee Chang Dong yang mengarah filem Poetry telah memenangi tiga anugerah menerusi kategori Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Filem Terbaik.
Filem Poetry telah memenangi banyak anugerah sebelum ini termasuk kemenangannya di Festival Cannes , Festival Filem Buil, Anugerah Persatuan Pengkritik Filem Korea dan Daejong Film Awards.
Aktres Seo Young Hee pula membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filemnya yang berjudul Bedevilled menewaskan Yoon Jeong Hee (Poetry), Jeon Do Youn (The Housemaid), Moon So Ri (Hahaha) dan Jung Yu Mi (My Dear Desperado)

Pada pendapat semua,memang patutkah wonbin ni diberi anugerah?? Bagi aku Lee dong Gun pon hebat jugak,dia berlakon citer Stain Glass dulu, sebab apa pelakon lain tewas walaupun wonbin jarang berlakon dalam filem besar-besar? sila jawab melalui komen,:)

1 comments

darkbatman said... @ November 25, 2010 at 12:00 PM

dh lame x follow pelakon korea.hee

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics