Keputusan penuh tender nombor pendaftaran MCA akan dipamerkan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka dan boleh disemak melalui laman web JPJ di www.jpj.gov.my mulai pagi esok.
Sebanyak 965 permohonan tender telah diterima oleh JPJ bagi pendaftaran kenderaan ''MCA'', siri nombor 1 hingga 9999 bermula 24 November hingga 14 Disember lalu.
Sebanyak 965 permohonan tender telah diterima oleh JPJ bagi pendaftaran kenderaan ''MCA'', siri nombor 1 hingga 9999 bermula 24 November hingga 14 Disember lalu.
Nombor pendaftaran siri ''MCA 1'' adalah nombor pendaftaran yang mendapat bidaan tender harga tertinggi diikuti dengan siri ''TAY 1'' yang ditender pada harga RM242,000 dan ''TAN 1'' yang ditender pada harga RM200,900, katanya.
Katanya, menerusi bidaan-bidaan proses tender dan tempahan nombor pendaftaran siri ''MCA'', JPJ dijangka mengutip sebanyak RM1.5 juta sebagai hasil kepada kerajaan.
Hasil berkenaan adalah kutipan tertinggi dan peningkatan sebanyak tiga kali ganda bagi JPJ Melaka untuk urus niaga tender dan tempahan nombor pendaftaran berbanding siri sebelumnya di mana purata kutipan hasil adalah sebanyak RM500,000 untuk setiap siri, katanya.
Katanya secara purata JPJ mengutip antara RM145 dan RM150 juta setahun melalui urus niaga tender dan tempahan nombor pendaftaran berbanding kutipan keseluruhan berjumlah RM2.5 bilion setahun.
Urus niaga ini menyumbang kepada enam peratus daripada kutipan keseluruhan dan merupakan kutipan ketiga tertinggi selepas urusan pembaharuan ''Lesen Kenderaan Motor'' dan pembaharuan ''Lesen Memandu"
1 comments
kaya lah terus mereka...kita jugak ygkena renew rontek tiap tahun....
bro jgn lupa singgah blog Bayar online
tq
Post a Comment