Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI AFF
| 2 comments ]
Share



Malaysia mencipta sejarah membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF buat julung kali meskipun kalah 1-2 dengan Indonesia pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Dengan keputusan itu, ia menjadikan agregat 4-2 kepada Malaysia selepas pasukan negara menang 3-0 ke atas Indonedia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, Ahad lalu. 

Malaysia mendahului Indonesia 1-0 menerusi jaringan penyerang Safee Sali pada minit ke-53 pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno.
Pada minit ke-88 pula, Indonesia mendahului Malaysia menerusi jaringan Muhammad Ridwan untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Pada babak pertama pula, Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti.


P/S ; Alasan laser tak boleh digunakan lagi,semoga indonesia menerima kekalahan denagn hati yang terbuka.Yang penting semangat kesukanan mesti ada. :)

2 comments

Mohamadazhan hjDesa said... @ December 29, 2010 at 11:40 PM

tahniah Malaysia!!!!!!!!

armouris said... @ December 30, 2010 at 12:30 AM

tahniah Malaysia! Main bola jangan sampai cedera - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics