Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , , » GAMBAR-BIODATA ANA RAFALI
| 0 comments ]
Share

Ana Rafali Juara



Atas tu gambar ana rafali Juara AJL 25 ini. Anda semua boleh baca biodata ana rafali di bawah.Walaupun nama Ana Rafali masih terlalu awal untuk diletakkan sebaris dengan Yuna, namun tidak mustahil dia juga bakal mencetuskan fenomena baru sedikit masa lagi. Gadis ayu berusia 25 tahun ini tampil memakai baju kurung dan kebaya sebagai identiti tersendiri, bakat membuat lagu dan bermain gitarnya tidak boleh dipandang sebelah mata.

Bermula dengan memperkenalkan lagu-lagu ciptaan sendiri di laman ‘Youtube’ sekadar suka-suka telah menjadi titik permulaannya ke bidang seni. Lagu tersebut mendapat perhatian daripada komposer Aidit Alfian.

Graduan Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) ini turut memberitahu mula berjinak-jinak ketika masih menuntut lagi. Katanya setiap kali mencipta lagu, rakan-rakan rapat akan menjadi orang pertama yang mengkritik
 
Bagaimanapun, dia masih menganggap dirinya masih mentah dan terlalu awal untuk menyumbang lagu kepada artis lain.

Mengenakan imej gadis melayu, Ana mengakui selesa dengan penampilanya sekarang. Malah dia juga sering keluar dengan mengenakan pakaian kebangsaan ini.

"Bermula di Universiti, setiap kali persembahan perlu berpakaian formal jadi saya sudah terbiasa mengenakan baju kurung atau kebaya, selesa. Di luar juga jika tidak melakukan aktiviti lasak saya selesa mengenakan baju kebangsaan ini," katanya yang sedang menyiapkan album sulungnya dengan memuatkan enam buah lagu ciptaan sendiri.

Ana juga meletakkan harapan yang tinggi untuk single keduanya ‘Tolong Ingatkan Aku’ yang bakal keluar tidak lama lagi diterima baik masyarakat.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics