Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » GURU DIPENJARA LAPAN TAHUN,10 SEBATAN
| 0 comments ]
Share

Seorang guru sekolah rendah dihukum penjara lapan tahun dan sebatan 10 kali oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua tuduhan memiliki dadah tahun lalu.Hakim Datuk Ahmadi Asnawi menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Sallehin Abu Samah, 29, yang mengaku melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Banda Hilir, pada pukul 7 petang, 11 Mac tahun lalu.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki kanabis seberat 270.86 gram.
Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tempoh tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki dadah jenis midazolam seberat 6.53 dan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Di bawah seksyen itu, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 30(5) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya.
Terdahulu, peguam yang mewakili tertuduh, Andrew Lourdes meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan tertuduh telah mengaku atas kesalahan tersebut.
''Selepas ditangkap setahun lalu dan meringkuk di dalam penjara, tertuduh yang mempunyai seorang anak berusia setahun serta isteri telah terputus kasih sayang.
''Dalam tempoh itu, tertuduh telah menunjukkan keinsafan dengan apa yang telah dilakukan,'' katanya sambil menambah ia merupakan kesalahan pertama tertuduh.
Timbalan Pendakwa Raya, Salwa Mhd. Asrar pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan menyatakan pengakuan salah tertuduh bukan alasan untuk meringankan hukuman.
''Tertuduh merupakan seorang guru yang sepatutnya perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak murid dan perbuatannya yang memiliki dadah telah merosakkan anak bangsa,'' tegasnya.
Hakim Ahmadi kemudian menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan sebatan 10 kali bagi pertuduhan pertama dan hukuman penjara tiga tahun bagi pertuduhan kedua.
Kedua-dua hukuman itu berjalan serentak.
Mengikut fakta kes, pada hari tertuduh ditangkap, beberapa anggota polis telah memeriksa kereta jenis Proton Saga BLM yang diletakkan di hadapan sebuah kedai di Taman Melaka Raya 3.
Apabila kereta itu diperiksa, anggota polis menjumpai satu bungkusan plastik lutsinar yang mengandungi satu ketulan mampat bahan-bahan tumbuhan disyaki ganja dan kertas timah yang berada di atas alas kaki bahagian pemandu.-utusan

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics