Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » PEMERIKSAAN PERCUMA PUSPAKOM SEMPENA TAHUN BARU CINA
| 0 comments ]
Share

Jom dapatkan pemeriksaan percuma Puspakom sempena tahun baru cina.PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM)menawarkan pemeriksaan percuma kepada pemilik kereta persendirian di semua cawangan Puspakom sempena perayaan Tahun Baru Cina ini.

Pemeriksaan percuma oleh anak syarikat milik penuh Kumpulan DRB-HICOM ini bermula 24 Januari sehingga 28 Januari.
Pemeriksaan itu merangkumi pemeriksaan asap, brek, gantungan dan gelincir sisi untuk memastikan tahap keselamatan kenderaan adalah optimal.
"Pemeriksaan ini adalah secara sukarela dan kami menawarkan kepakaran kami untuk memastikan kenderaan anda selamat dan layak dipandu semasa musim perayaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Hisham Othman dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pemeriksaan percuma ini, sila hubungi talian bebas tol PUSPAKOM di 1-800-88-6927 atau layari www.puspakom.com.my. - BERNAMA

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics