Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » DERMA RM 2500 DAPAT TANAH
| 0 comments ]
Share

LAPOR...Sarah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya selepas  ditipu pertubuhan terbabit.
DERMA RM 2500 DAPAT TANAH.Satu pertubuhan usahawan dari negeri jiran dikesan bergiat aktif menawarkan khidmat mendapatkan tanah dengan syarat menderma RM2,500 kepada mereka sebagai derma kononnya untuk majlis makan malam amal pertubuhan itu.Taktik mereka yang terdiri daripada empat lelaki itu cukup licik kerana ‘berlakon’ seolah-olah mengenali mangsa sebelum meminta menderma wang berkenaan dan sebagai alasan jika syarikat mangsa ingin mendapat tanah, mereka bersedia membantu. Terbaru, seorang lelaki berusia 50-an yang menjalankan perniagaan berasaskan kayu menjadi mangsa apabila didatangi empat lelaki terbabit Khamis lalu yang mendakwa mereka daripada sebuah pertubuhan usahawan.

Pekerja syarikat terbabit yang dikenali sebagai Sarah, 24, berkata, pada hari kejadian kira-kira jam 10 pagi, empat lelaki terbabit datang ke pejabatnya di sini dengan memperkenalkan diri sebagai ahli sebuah pertubuhan usahawan dan kedatangan untuk menerangkan kempen yang dijalankan.

Menurutnya, dia kemudian membawa mereka berjumpa dengan ketuanya dan ketika bertemu, seorang daripada lelaki terbabit terus menyapa nama ketuanya itu seolah-olah sudah lama mengenalinya namun panggilan nama digunakan mereka salah.

“Saya ketika itu sudah berasa ada sesuatu yang tidak kena, namun membiarkan sahaja. Mereka juga mendakwa mempunyai pengaruh yang kuat dan mempunyai kenalan rapat dengan ahli politik yang dapat membantu mendapatkan tanah di sebuah negeri dengan mudah.


“Pada mulanya mereka meminta ketua saya mengeluarkan cek pada hari itu juga sebanyak RM2,500, namun tidak boleh kerana cek syarikat di ibu pejabat di Damansara,” katanya.


Menurutnya, cara mereka meminta sumbangan dengan mendesak menimbulkan curiga niat sebenar pertubuhan itu tambahan tidak memberi kad perniagaan bagi memudahkan urusan.

Beliau berkata, keesokannya kira-kira jam 3 petang, seorang daripada lelaki yang memperkenalkan diri sebagai presiden datang mengambil cek itu.

“Selepas lelaki terbabit beredar saya menghubungi talian pertubuhan lain untuk memastikan kewujudan pertubuhan itu namun gagal. Malah saya menghubungi agensi berkaitan dan terkejut apabila diberitahu pertubuhan itu sudah banyak kali membuat kes penipuan yang sama,” katanya.

Sehubungan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Rawang untuk mengetahui situasi sebenar berkaitan pertubuhan terbabit sama ada benar mereka menjalankan kutipan derma atau lebih kepada keuntungan sendiri.


Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics