Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » KABINET PUTUSKAN MENGENAI LOJI KUASA NUKLEAR
| 0 comments ]
Share

KABINET PUTUSKAN MENGENAI LOJI KUASA NUKLEAR.Keputusan sama ada Malaysia akan meneruskan cadangannya untuk membina dua loji kuasa nuklear akan dibuat selepas Kabinet menilai kertas kerja yang akan diserahkan kepada Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia.Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, sama ada cadangan rancangan itu diteruskan atau tidak, bukan beliau yang memutuskannya.
"Kabinet yang akan memutuskannya. Kami perlu menunggu laporan yang akan dibentangkan kepada Kabinet,” katanya.
Peter Chin berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan basikal elektrik yang dikeluarkan oleh Eclimo Sdn Bhd, di sini, hari ini.
Terdahulu, dalam ucapan beliau, Peter Chin berkata, penggunaan pakai teknologi hijau penting kerana ia merupakan satu-satunya cara bagi mencapai pembangunan dan pertumbuhan mampan.
Beliau berkata, kerajaan merasakan teknologi hijau memainkan peranan penting dalam menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada perubahan iklim. – Bernama

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics