Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » ADNAN SEMPIT 2 KEKAL PELAKON UTAMA
| 1 comments ]
Share

ADNAN SEMPIT 2 KEKAL PELAKON UTAMA.SEBELUM ini, tiada siapa menyangka filem Adnan Sempit mampu mencapai kejayaan luar biasa. Ia asalnya filem ‘low-profile’ terbitan Metrowealth Pictures Sdn Bhd (MIG) yang tiba-tiba mencatat kutipan tertinggi RM7.6 juta di pawagam.Berikutan kejayaan hebat itu, MIG mendapat inspirasi menerbitkan sekuel Adnan Sempit 2, kali ini mendapat sentuhan Ismail Bob Hasim pula sebagai pengarah.
Dulu, dia adalah penolong pengarah kepada Adnan Sempit yang dikemudi pengarah jutawan, Ahmad Idham.

Filem sekuel kali ini jelas satu ujian berat buat Bob selepas filem sulungnya, Ngangkung yang bercorak seram komedi mencatat sejarah lebih kutipan lebih hebat iaitu RM8.2 juta.

Adnan Sempit 2 masih mengekalkan gandingan Shaheizy Sam dan Intan Ladyana sebagai bintang utama serta dibantu Yana Samsudin, Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak termasuk dua pelakon berpengalaman, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar serta Aznah Hamid.

Bagi Bob, 38, yang beralih tempat duduk daripada penolong pengarah kepada teraju utama, Adnan Sempit 2 satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul dengan sebaik mungkin.

“Bagi saya, sesiapa yang terbabit dalam produksi filem tentu teringin menjadi pengarah apabila ada peluang.


Arahan Adnan Sempit 2 menjadi medan ujian terbaru buat diri saya selepas saya sendiri terkejut dengan sambutan hebat terhadap Ngangkung.


“Saya tak ada masalah bekerjasama bersama Shaheizy dan Intan. Mereka berpengalaman dalam menjiwai watak masing-masing dalam filem sebelum ini.


“Cuma mungkin ada beberapa perkara perlu diperkemaskan lagi bagi mendapatkan lebih ‘feel’ ketika di lokasi penggambaran filem ini. Apapun, saya berbesar hati diberi kepercayaan dan berharap Adnan Sempit 2 mampu menyerlah seperti mana sebelum ini,” katanya pada majlis majlis doa selamat Adnan Sempit 2 di pejabat MIG di PJCC, Petaling Jaya, baru-baru ini.


Bob antara pengarah yang bernaung di bawah Skim 10 Pengarah Muda MIG. Produser David Teo nyata membuka pintu berkarya yang luas kepada mereka yang sanggup menyahut cabaran itu dan membuktikannya.


Shaheizy yang baru meraih kejayaan sebagai Bintang Paling Popular pula berkata, wataknya sebagai Adnan akan dikembangkan dengan lebih menarik lagi dalam sekuel itu.


“Ada beberapa orang bertanya kepada saya, apakah saya tidak tertekan dengan kejayaan Adnan Sempit tahun lalu.


“Bagi saya, tekanan itu sentiasa ada tapi terpulang kepada cara seseorang menanganinya. Saya tidak mahu ia mengganggu fokus saya apabila bekerja.


“Cabaran sekarang adalah ujian Adnan Sempit yang bertukar persekitaran dan nampak lebih matang berambut pendek. Kalau sebelum ini saya kurang selesa dengan watak komedi sekarang ia tidak menjadi masalah lagi.


“Inspirasi terbaik untuk Adnan Sempit 2 datang selepas melihat lebih dekat situasi di negara orang sewaktu penggambaran Aku Ada, Kau Ada di Korea Selatan.


“Saya bangga melihat di Korea serba-serbi dilakukan oleh rakyat mereka sendiri dan artis mereka digilai penduduk sendiri,” katanya.


Kata Intan selaku Nadia, dia teruja dengan Adnan Sempit 2 dan berharap kutipan di pawagam kelak akan lebih tinggi berbanding kisah pertama.


“Dengan pengalaman sedia ada, jalan cerita kali ini akan lebih mendalam. Adnan bergelut mengejar masa untuk menjadikan dirinya seorang intelek. Banyak cabaran perlu ditempuh Adnan dan Nadia.


“Kali ini Adnan juga perlu berdepan dan memenuhi syarat yang diletakkan oleh ayah Nadia iaitu Datuk Ithnin (Ahmad Tarmimi),” ujarnya.


Difahamkan, penggambaran Adnan Sempit 2 baru saja bermula dan memakan masa selama 25 hari di sekitar Kuala Lumpur.

1 comments

blog-tips-kurus said... @ May 11, 2011 at 7:57 AM

harap2 makin best sebab kadang2 part II ni < uummmm! :-)

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics