Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » SOROK SYABU DALAM UBI KAYU RM2.4 JUTA
| 0 comments ]
Share

TAKTIK BARU...Nordin (dua dari kiri) menunjukkan ubi kayu yang digunakan dalam cubaan menyeludup syabu.
SOROK SYABU DALAM UBI KAYU RM2.4 JUTA.Nordin (dua dari kiri) menunjukkan ubi kayu yang digunakan dalam cubaan menyeludup syabu. Alasan dangkal dua ‘pelancong’ lelaki warga Nigeria mendakwa membawa ubi kayu dan keledek dikirim rakan di negara ini, membongkar penemuan 9.64 kilogram (kg) syabu bernilai RM2.41 juta disorok dalam tanaman berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, ketika ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam serbuan berasingan, semalam dan Sabtu lalu, dua suspek terbabit masing-masing membawa beg plastik berisi ubi kayu dan keledek bersaiz gergasi.
Menurutnya, modus operandi menyorokkan dadah di dalam hasil pertanian itu dikatakan kali pertama dikesan di negara ini.

“Kes pertama pada 14 Mei lalu apabila Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik KLIA menahan suspek berusia 32 tahun di KLIA selepas curiga bungkusan beg plastik berisi ubi kayu dan keledek gergasi dibawa suspek.

“Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan potong yang ditutup dengan lumpur dan tanah. Selepas diperiksa, polis menemui bungkusan plastik dipercayai syabu dalam tanaman itu.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics