Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » 9 PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI(ETP) BERNILAI RM2.77 BILLION
| 0 comments ]
Share

9 PROGRAM TRANSFORMASI EKONIMI(ETP) BERNILAI RM2.77 BILLION.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sembilan inisiatif baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) bernilai pelaburan RM2.77 bilion dan kesan Pendapatan Negara Kasar (GNI) RM18.67 bilion serta mewujudkan 36,595 pekerjaan menjelang 2020.Dengan pengumuman itu, katanya, projek di bawah ETP yang diumumkan baru-baru ini, yang termasuk Pembangunan Bersepadu Penapis dan Petrokimia (RAPID) mempunyai nilai pelaburan RM60 bilion.
Apabila disatukan, kesemua 15 inisiatif di dalam tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mempunyai nilai pelaburan kira-kira RM63.88 bilion dan GNI RM66.31 bilion serta 63,531 pekerjaan baharu.
Di segi kumulatif, sehingga hari ini, ETP telah mencatatkan pelaburan RM170.28 bilion, GNI RM220.15 bilion serta 362,396 pekerjaan baharu, katanya semasa mengumumkan Update Keenam Kemajuan ETP di sini hari ini.
Antara inisiatif yang diumumkan hari ini ialah Kumpulan UCSI, iaitu badan induk UCSI University, bagi membangunkan kluster pendidikan kesihatan bersepadu seluas 64 hektar di Bandar Springhill, Port Dickson.
Pembangunan itu akan terdiri daripada hospital pengajaran swasta pertama di Malaysia, Hospital UCSI University yang mempunyai 1,000 katil, yang menampilkan satu-satunya kemudahan antipenuaan, perubatan estetik dan regeneratif Malaysia.
Kumpulan itu dijangka melabur RM850 juta menjelang 2012, yang akan menjana GNI RM1.3 bilion dan 2,000 peluang pekerjaan menjelang 2020.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics