Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » BETTY , NASH PUTUS CINTA
| 0 comments ]
Share

“Hubungan cinta kami sudah berakhir. Kami berkawan setahun saja dan saya reda dengan ketentuan Tuhan kerana kami memang tiada jodoh,” kata pelakon dan penyanyi, Betty Banafe mengenai hubungannya dengan bekas vokalis kumpulan Lefthanded, Nash.Menurut Betty, dia dan Nash berpisah secara baik dan enggan mengulas lanjut termasuk punca perpisahan itu untuk menjaga hati banyak pihak. “Kini, saya ingin mencari ketenangan dan melupakan apa yang sudah dilalui sepanjang kami berkawan rapat dulu,” katanya.

Mereka berdua mula berkawan rapat sebaik saja Nash bercerai dengan bekas isterinya yang juga pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya.

Betty yang berdarah kacukan Arab-Melayu-Jawa dikatakan menyembunyikan dirinya seketika daripada media ketika hubungannya dan Nash heboh diperkatakan ketika itu.

Sekalipun sudah putus, akui Betty, hubungan mereka masih baik sampai sekarang.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics