PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA lawan LIVERPOOL 16 JULAI 2011.Kelab ternama Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool akan melakukan kunjungan sulung ke Malaysia ketika Jelajah Asia 2011, bulan depan. Pasukan yang dikenali sebagai 'The Reds' itu dijangka bertemu peminat mereka di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 16 Julai untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan Malaysia.
"Perlawanan menentang Malaysia akan memainkan peranan besar untuk persediaan kempen 2011/2012. Sesetengah orang berkata perlawanan pra-musim adalah tidak tulen atau tidak terlalu bermakna kepada pasukan besar.
"Di Liverpool FC, kami menganggap perlawanan ini secara serius. Bukan saja kerana ia adalah tempoh penting untuk pemain kami menjadi cergas dan bersedia untuk musim besar tetapi kerana ia merupakan peluang untuk peminat kami bertemu wira-wira mereka," kata Ayre.
Liverpool menamatkan musim 2010/2011 dengan menduduki tangga keenam.
Beliau berkata, hampir suku peminat Liverpool adalah dari dari Asia dan pasukannya teruja untuk kembali menjelajah Asia tahun ini.
The Reds berada di Asia pada tahun 2009 bermain di Singapura dan Thailand.
Selain Malaysia, Liverpool akan berkunjung ke Guangzhou, China dan turut mengadakan perlawanan dengan pasukan Guangdong Sunray Cave pada 13 Julai.
Tiket menentang Malaysia berharga RM58, RM68, RM108 dan RM388 yang boleh ditempah menerusi online di www.ticketpro.com.my sementara Standard Chartered Bank (Malaysia) menawarkan jualan tiket sehingga 9 Jun
0 comments
Post a Comment