Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » JANGAN SERTAI PERHIMPUNAN BERSIH-KPN
| 1 comments ]
Share

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar terus mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan perhimpunan haram pada 9 Julai nanti.
Beliau berkata, orang awam tidak sepatutnya terlibat dengan perhimpunan berkenaan yang hanya akan menimbulkan masalah kepada ketenteraman awam.
"Saya memantau keadaan ini, lagi pun sudah beratus-ratus laporan kita terima yang tidak menyokong perhimpunan ini.
"Saya lihat perhimpunan ini boleh mengundang kepada ketegangan ketenteraman awam. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, janganlah kita membuat pilihan yang boleh menyebabkan ketegangan dalam negara kita berlaku,” katanya.
Beliau ditemui pemberita semasa menghadiri majlis penutupan program pembangunan kemahiran wanita dan bengkel kelangsungan hidup di bandar raya yang disempurnakan oleh Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Menara Yayasan Tun Razak di sini hari ini.

1 comments

SPEK HITAM said... @ June 25, 2011 at 11:48 PM

ayuhhh sertai saya ke MASJID. lepas ni aku nak nengok sepanduk2 mengajak ke MASJID lak.baru orang kate BERSAMA menuju KEJAYAAN huhu.yang penting perhimpunan ni tak menganggu i nak jalan-jalan nanti shudah. haha

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics