Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , » TANAM RM1 JUTA BELAKANG RUMAH
| 0 comments ]
Share

pix_middle
Tanam 1 juta belakang rumah.Buruan polis ke atas sepasang suami isteri yang menjadi dalang kes penipuan kira-kira RM7 juta membawa kepada penemuan wang tunai lebih RM1 juta tertanam di belakang sebuah rumah selepas anak pasangan itu ditahan.Wang itu disimpan dalam sebuah beg dan ditanam di belakang dapur sebuah rumah di Kuala Muda, Kedah, ditemui selepas anak lelaki pasangan terbabit yang berusia 21 tahun ditahan di rumah itu pada 14 Jun lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahlan, berkata lelaki terbabit ditahan hasil serbuan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.

“Suspek dipercayai bersubahat dengan ibu bapanya dengan menyembunyikan sebahagian wang hasil jenayah penipuan mereka,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, semalam.

Menurutnya, suspek masih direman beberapa hari untuk siasatan lanjut dan gerakan memburu ibu bapanya, Song Siew Weng, 49, dan Chong Heoy Choo, 50, masih diteruskan.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics