Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , , » TIKET FINAL PIALA FA TERENGGANU VS KELANTAN
| 0 comments ]
Share

TIKET FINAL PIALA FA TERENGGANU LAWAN KELANTAN.Setakat ini lebih 11,000 tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur 11 Jun ini antara Terengganu dengan Kelantan telah ditempah oleh penyokong Terengganu.
Setiausaha Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh berkata, setakat ini lebih 11,000 tiket telah ditempah oleh peminat dan penyokong Terengganu.
"Jumlah ini dijangka meningkat apabila PBSNT menerima 10,000 lagi tiket daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, peminat dan penyokong yang ingin membuat tempahan boleh berurusan dan menghubungi terus PBSNT mulai sekarang.
Bagi tiket untuk perlawanan Piala Liga antara Terengganu dengan Kelantan Isnin ini mula dijual hari ini hingga Ahad, katanya.
Harga tiket kekal pada RM20 untuk tempat berbumbung dan RM10 untuk tempat terbuka yang boleh didapati di pejabat PBSNT di sini.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics