Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » 1400 ORANG DITAHAN SEMASA PERHIMPUNAN BERSIH
| 0 comments ]
Share

TIDAK MENJADI... Ambiga gagal meneruskan perhimpunan haram.
!400 ditahan semasa perhimpunan bersih 2.0 semalam.Warga kota dilihat berwaspada dan enggan terjebak, termasuk peniaga menutup premis perniagaan manakala kawasan tumpuan di pusat bandar raya lengang, namun hasrat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan haram besar-besaran bagi menzahirkan mesej rasa tidak puas hati terhadap kerajaan, petang semalam, tidak kesampaian.
Tindakan tepat, pantas dan tegas polis bermula dengan sekatan jalan raya di laluan masuk ke ibu kota serta pengawasan rapi di semua lokasi berisiko berjaya mematahkan cubaan penyokong baju kuning itu berkumpul di Stadium Merdeka sebelum mereka merancang berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Malah, Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga yang pada awalnya merancang mengetuai perhimpunan haram di Stadium Merdeka sebelum berarak ke Istana Negara, basah kuyup akibat hujan lebat sebelum akhirnya ditahan polis ketika berarak di sekitar Stesen KL Sentral di sini, jam 2.30 petang semalam.

Malah, tindakan pemimpin pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas berkubu di sebuah hotel lima bintang di kawasan itu sebelum berarak bersama penyokong mereka bermula jam 2 petang, digagalkan polis yang menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka.

Antara yang kelihatan berlindung di hotel itu adalah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak mereka, Nurul Izzah bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics