Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » » KEPUTUSAN SINGAPURA VS MALAYSIA 5-3
| 2 comments ]
Share

Skuad Harimau Malaya tewaskan 5-3 kepada pasukan tuan rumah dalam perlawanan pertama bola sepak pusingan kedua kelayakan Zon Asia Piala Dunia FIFA 2014 yang berlangsung di Stadium Jalan Besar di sini, sebentar tadi. Skuad negara yang ketinggalan 4-1 pada separuh masa kedua bangkit merapatkan jurang jaringan dengan meledakkan dua gol pada separuh masa kedua bagi mencatatkan keputusan 4-3 pada satu ketika.
Malaysia yang kehilangan ketua pasukan, Safik Rahim selepas dilayangkan kad merah mula menunjukkan keyakinan mengawal permainan sebelum Singapuran menjaringkan satu gol menjadikan keputusan 5-3.

Pasukan Singapura turut bermain 10 orang selepas pemainnya, Ismail Yunos dilayangkan kad kuning kedua apabila mangasari pemain negara.

Keputusan itu masih membuka peluang kepada pasukan negara untuk layak ke pusingan seterusnya sekira mampu menewaskan pasukan Singapura dengan jaringan tiga gol dan mengagalkan pasukan lawan mendapatkan jaringan pada perlawanan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai ini.

Keputusan perlawanan Malaysia vs Singapura:

(Jaringan gol) Malaysia 3 (Mohd Safee Sali 1', 71'; Amirul Hadi Yahya 70');

Singapura 5 (Aleksandar Duric 7', 82'; Qiu Li 22'; Mustafic Fahrudin 44'; Jia Yi Shi 45'+1)

(Kad)
Malaysia: Ahmad SAARANI (37' kad kuning); Safiq Rahim (50' kad merah)

Singapura: Ismail Yunos (19' kad kuning); Qiu Li (39' kad kuning); Ismail Yunos (55' kad merah selepas mendapat dua kad kuning)

2 comments

Anonymous said... @ July 23, 2011 at 11:11 PM

bukan la, malaysia hanya perlu menang 2-0. sebab ade goal away 3 biji.

titan said... @ July 24, 2011 at 12:40 AM

emm..kalau tak 2-0, mesti 3-1 atau 4-2. tak leh bagi singapore dapat 3 gol.

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics