Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » MALAYSIA VS SINGAPURA BUKIT JALIL
| 0 comments ]
Share

BENGANG...gelagat penyokong negara yang kempunan selepas tiket menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Singapura habis dijual, semalam.
Gelagat penyokong negara yang kempunan selepas tiket menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Singapura habis dijual, semalam.KETUA jurulatih negara, Datuk K Rajagobal tidak kisah sama ada pertembungan Malaysia dan Singapura malam ini bakal menyajikan pesta jaringan seperti aksi pertama Sabtu lalu ataupun sebaliknya.ini kerana apa yang penting bagi pengendali berusia 55 tahun itu adalah mencari gol yang cukup untuk ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014.

Rajagobal berkata, semua pemain sudah bersedia menebus kekecewaan kekalahan besar 5-3 pada aksi pertama pusingan kedua di gelanggang lawan itu.
“Bagi saya, kami perlu mendapatkan gol untuk menang, tidak kira berapa jumlah jaringan bakal dihasilkan kerana apa yang penting kami tahu apa perlu dilakukan untuk layak ke pusingan seterusnya,” katanya pada sidang media semalam.

Turut hadir pada majlis itu, jurulatih Singapura, Radojko Avramovic dan penyerangnya, Fazrul Nawaz Shahul Hameed.

Pertemuan timbal balik skuad Harimau Malaya dan Singa ini bakal menentukan pasukan manakah yang layak beraksi di pusingan ketiga peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia 2014.
Ternyata pasukan pelawat memiliki sedikit kelebihan hasil kemenangan pertama namun Rajagobal tetap tenang sambil menjelaskan anak buahnya sudah sedia melangsaikan tugas di depan 85,000 penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ini kerana kemenangan 2-0 malam ini sudah cukup mengikat agregat 5-5 dan melayakkan Malaysia ke peringkat seterusnya menerusi jaringan gol di tempat lawan.

“Kami tidak ada pilihan lain, ini perlawanan cukup penting dan kami akan fokus untuk bermain dengan baik bagi memenangi perlawanan ini. Itulah amanat yang saya sampaikan kepada pemain.

“Semua pemain kini tidak sabar untuk beraksi, mereka sudah bersedia dan saya ingin tegaskan moral mereka langsung tidak terjejas,” kata Rajagobal.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics