Followers

Jadi Ahli VIP, klik LIKE

Home » , , » ZULL AZNAM KETUA POLIS PERLIS BARU
| 0 comments ]
Share

Setelah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Perlis selama lebih 18 bulan, Penolong Pesuruhjaya Kanan Polis Zull Aznam Haron hari ini memegang tugas barunya sebagai Ketua Polis negeri ini bagi menggantikan Datuk Tajuddin Md Isa.Majlis serah terima tugas antara Zull Aznam dan Tajuddin berlangsung di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis di sini hari ini dengan disaksikan Setiausaha PDRM Bukit Aman, Datuk Ghazali Md Amin yang mewakili Ketua Polis Negara.

Zull Aznam mula menjadi Timbalan Ketua Polis Perlis sejak 1 Dis 2009 manakala Tajuddin yang dilantik sebagai Ketua Polis Perlis sejak 20 Dis tahun lepas akan memulakan tugas barunya sebagai Timbalan Pengarah 1 Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.
Ketua Polis Perlis yang baru itu dalam ucapannya berharap semua anggota polis menjalankan tugas yang diamanahkan secara berpasukan dan sentiasa memupuk semangat bersatu padu serta menghasilkan kerja yang terbaik.

Beliau juga berharap masyarakat meningkatkan kerjasama kepada pasukan polis terutama dalam mengurangkan kadar jenayah yang kini pada kadar purata tiga kes setiap hari terutama yang membabitkan kes kecurian dan pecah rumah.

0 comments

Post a Comment

 
Real Time Web Analytics